Friday, October 23, 2009

Sekitar Bajet 2010

Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.


Friday, October 9, 2009

Dari Jendela Kuala Lumpur

Sejarah telah menitipkan bahawa, Kuala Lumpur pada mulanya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan tanggal 1 Februari 1974. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mula membangun dengan begitu pesat sesuai dengan gelaran bandaraya yang diperolehinya pada tahun 1972.

Aktiviti perlombongan menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi Kuala Lumpur. Malah dek hasil perut bumi yang ditemui di Sungai Gombak dan Klang telah mengundang Kapitan Cina, Yap Ah Loy untuk meneroka kekayaan Kuala Lumpur.

Migrasi pelombong Cina dan juga India sebagai pekerja ladang akhirnya memanifestasikan 3 bangsa utama di negara ini. Kepelbagaian kaum yang wujud sejak generasi ke generasi ini menjadi kesinambungan adiwarna budaya yang begitu dan mekar ke hari ini. Ia terus lestari dalam memperkasa satu Malaysia.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merangkumi kawasan seluas 243.65 km2 dan terbahagi kepada 3 daerah Kuala Lumpur (pusat bandar), Cheras dan Setapak . Dari segi Geografi, kedudukan sebenarnya adalah 3°08Utara, 101°42 Timur .Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terbahagi kepada 11 kawasan Parlimen iaitu kawasan parlimen Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak.

Tuntasnya, Wilayah Persekutuan terus maju seiring dengan kepesatan global. Ia terus bersiap siap siaga untuk menjadi wilayah unggul di pentas dunia.